ZIKIR TAUBAT NASUHA

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az Zummar: Ayat 53)


Lakukan dengan hati yang ikhlas dan benar-benar menginsafi akan dosa-dosa itu.

  1. Taubat Nasuha (taubat besar yakni taubat bersungguh – sungguh).
  2. Menyesal bersungguh-sungguh.
  3. Menangis mengenang semua dosa tersebut.
  4. Tidak mengulangi lagi sampai mati.
  5. Menambah amal baik dari hari ke hari.
  6. Meninggalkan semua amal buruk.
  7. Tidak menjejakkan kaki atau melakukan sesuatu seperti mendekati tempat maksiat tersebut atau rapat dengan orang yang telah sama-sama terlibat dengan maksiat tersebut (jika mampu, ajak orang berkenaan untuk taubat bersama ).
  8. Hijrah (berubah tempat tinggal/tempat kerja yang menjurus kearah maksiat tersebut).
  9. Berdoa dan tidak putus harap kepada Allah.
  10. Seandainya melakukan juga maksiat tersebut setelah mengikuti langkah-langkah ini, tetap ulangi langkah yang sama berulang.

0 comments:

Post a Comment

Don't Forget To Like Our Facebook Page
×
PlEASE VISIT F.H FAMILY ONLINE STORE>>>CLICK HERE